Ahad, 17 Jun 2012

alhamdulillah dapat jua kembali aku corat coret kat blog yang aku dah lama tinggalkan sampaikan password pun aku leh lupa...haha teruk betul ingtan aku lambat nk proses benda2 yang penting...korang jgn cam aku lak..tq pada cik punya laptop ni hilang kebosanan dihujung minggu walaupu hya dirumah..lama gila x update aku punya blog,,korg pun mesti dah lupakan blog aku yang santai tu...ceta xhbis lg tu ntah ape lh ending ceta tu...(santaigee.blogspot.com) kalu korg  boring leh tgk2 ape yg ada kat blog aku tu...ok lh kne cincau dulu,,ni test jer coz dah lma x on blog ni..phalpun hppy dpt coret blog kembali...salam sayang untuk korg yg sudi membaca..

Isnin, 7 November 2011

Isnin, 31 Oktober 2011

bila kenangan itu mengamit hari2 itu..

seandainya jika hati mula bersuara atau terdetik satu perasaan itu semula, ia menandakan adakah aku masih mengingati hari2 lepas yang aku sendiripun tak sedar ntah kenapa semuanya akan menjadi bayangan yang kelam atau pun indah yang perlu di ingat semula walaupun tanpa dipinta atau diketuk semula pintu yang telah dikunci dengan mangga, atau master key. adakah tangisan itu akan kembali dalam diam atau juga ia menjadi kegilaan wahai kau yang bernama kenangan. saat itu telah berlalu andai di putarkan masa yang sememangnya di boleh diputar oleh sesiapa mahupun pemutar skru terhebat, kerana saat itu kau tetap akan terluka atau aku yang sengsara menanti waktu yang ntah tak kunjung tiba bersama deraian air mata yang akan membengkakkan mata yang sudah tak seindah rupa.wahai kau yang bernama kenangan pergilah kau jauh bersama bayangan yang sebenarnya engkau sendiri tidak pernah ciptakan walaupun hanya dengan kata2 yang engkau rasa indah namun semuanya hanyalah seperti jari yang di cucuk2 berkali dengan jarum tanpa henti. sedarkah engkau wahai kenangan andai kau ingin ia kenangan itu menjadi sejarah baru itu hanyalah hayalan kau yang tercipta hanya dasar perasaan atau perasan engkau sendiri sahaja.. kini dunia kita berbeza seperti lagu yang dikumandangkan diradio pada ketika itu... saatnya telah berlalu memutar epilog hari2 yang akan datang mungkin kesepian ataupun cerita yang baru bermula yang aku reka...

Ahad, 30 Oktober 2011

Kerispatih - Mengenangmu




andai kenangan yang buat kau bahagia ingatlah kenangan itu, tapi jika ia memedihkan simpanlah ia jauh dari dalam hatimu...

Isnin, 24 Oktober 2011

cinta yang dicari

Info Ringkas - Palvon - Orang yang telah melakukan kajian bahawa manusia akan berubah 100% tabiat dan kehidupannya apabila melakukan sesuatu perkara itu secara berterusan selama 21 hari.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, jom kita ketahui apa sebenarnya sistem G.R.A.S.P ni? Saya huraikan hanya secara ringkas untuk memudahkan anda memahaminya menggunakan bahasa yang agak santai.


G- Goal (Target anda)

Anda dah fikirkan apa yang hendak anda lakukan jika anda mempunyai peluang untuk merubah diri.? Jika YA, tulis sekarang didalam kertas dan tampal GOAL anda dimana-mana tempat yang akan anda lihat setiap hari, setiap masa dan ketika untuk memperingati anda. Fikirkan sekarang apa GOAL anda? Dan pastikan ianya boleh diterima dek akal (jangan pula anda letak nak jadi superman, catwoman, etc)

Ok.. dalam kes ni saya akan ambil satu contoh GOAL iaitu "Mengurangkan berat badan". Satu contoh yang agak simple tetapi mudah difahami oleh semua orang.

Responsible (Betanggungajawab)

Selama ini kita penat untuk bertanggungjawab dalam menggalas satu-satu kerja yang diberikan oleh majikan atau sesiapunkan? Bos kata buat itu , kita buat, bos kata jaga kedai ni , dan kita lakukannya. Kenapa? Sebab itu tanggungjawab yang diberikan kepada kita agar kita menerima "faedah" daripada tanggungjawab kita itu tadi iaitu "gaji". TETAPI pernah tak kita meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri kita untuk merubah sesuatu yang mungkin mustahil tetapi boleh dicapai? Pernah atau tidak? (Anda jawab sendiri didalam hati)

"Jadual rutin harian" - Anda letakkan tanggungjawab anda untuk melakar satu jadual baru untuk anda (GOAL anda tadi) . Anda setkan masa anda seperti contoh di atas

contoh jadual sebelum 21 hari

7.00 pagi - Bangun pagi
7.30 pagi - Bergegas hendak pergi kerja atau kuliah.
9.30 pagi - breakfast diluar tempat kerja
12.00 t/hari - tak tahu nak buat apa, online chat jelah
5.00 petang - balik rumah
5.30 petang - lepas mandi tidur dan tunggu masakan malam siap
7.00 malam - menonton tv sehingga lewat malam.

Wow macam best je.. tetapi apa akan jadi dengan orang seperti di atas? Otak akan menjadi kolot, hanya pentingkan diri sendiri, hidup dengan dunia sendiri, takkan percayakan diri sendiri boleh berjaya dan kaya dan hidupnya akan tetap dalam rutin yang sama selama-lamanya dan yang paling penting TAKKAN KURUS SAMPAI BILA-BILA.


cinta yang dicari selepas 21 hari

5.00 pagi - bangun, bersolat dan bersenam (dah lama tinggal solatkan)

6.30 pagi - breakfast bersama keluarga/ isteri tercinta/ atau sesiapa sahaja yang mempu membuatkan kita tersenyum dipagi hari. (Breakfast dengan jadual pemakanan yang telah anda sediakan)

7.00 pagi - masuk kerja, @ prepare untuk subject yang bakal di pelajari didalam kuliah.

7.00 pagi - 5.00petang - Fokus sepenuhnya hanya kepada kerja @ kuliah. (Untuk masa yang Free diluangkan untuk melakukan renganggan otot secara ringkas ditempat kerja, melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar pejabat)

5.30 petang - Joging dan melakukan rutin senaman yang dipelajari melalui bantuan latihan.

7.30 malam - makan malam , bersolat berjemaah

8.00 malam - menonton tv .

9.30 malam - buka buku @ laptop dan mencari sesuatu informasi yang baru untuk kemajuan diri.

11.00 malam - Tidur ..

dan mengulanginya kembali selama 21 hari tanp henti ......

contoh di atas adalah sangat-sangat ringkas tetapi berkesan jika hendak kurus secara sihat (kepada yang makan gaji) tetapi mampukah kita melakukannya? Mampukah kita memikul tanggungjawab untuk mengikut setiap jam dan waktu yang diletakkan mesti tepat pada masanya? Anda tanya nam-nama besar seperti Robert t kiyosaki , Brian Tracy , Richard Greene , Oprah Winfrey dan Gordon Smith . Ini contoh terbaik yang boleh saya berikan. Hidup mereka penuh dengan jadual-jadual yang hanya memberikan mereka "sesuatu" yang berharga buat hidup mereka.

"Setiap saat adalah berharga" . Dimana tanggungjawab kita terhadap diri kita sendiri jika setiap saat yang hadir kita bazirkan semata-mata untuk kepuasan sementara?

Selasa, 4 Oktober 2011

BILA RINDU



Dikeheningan malam, 
Termenung ku berseorang 
Tak lena mata dipejam 
Terdengar suara terngiang 
Suara merdu yg disayang 
Bagai kau didepan mata 
Ku capai tapi tak kena 
Sukarnya memendam rasa 
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu, 
Terkenang mu sayang, terasa sayu, 
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam, 
Jauh terbang diri ku melayang, 
Aku rindu, 
Sentuhan mu, ku rasa sayu, 
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini, 
Bawa ku dalam pelangi, 
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena 
Kurasa kita bersama 
Kau bawa daku kesana 
Ke alam kisah yang lama 
Kenangan didalam jiwa 
Bila terjaga semula 
Disisiku kau tiada 
Sukarnya ku pendam rasa 
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah 
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati 
Ikhlas kasih 
Sabar insyAllah kita akan 
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta 
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian 
Kesepian menyelubungi hari-hariku 
Disajikan dalam doa-doa rindu 
Yang menanti kau datang dan pergi 
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku 
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran 
Disisi cuping di setiap corong 
Lorong yang lohong 
Benar ku tak bohong 
Bila hati menyanyi


Selasa, 20 September 2011

sambungan ceta yang xhabis...

Bila masuk kelas memang macam2 ragam yelah kadang-kadang ada masa budak2ni macam x endah jer time aku masuk lagi2 si fazwan memang sabar jelah tgk budak ni, dalam kelas tido padahal seorang yg aktif di padang bola...dlam hati apelah nak jadi ngan budak ni...2 belum yang perempuannya macam2 karenah penatlah, banyak kejelah macam2 alasan macamlah aku ni xpernah sekolah dulu...
tapi semuanya berubah bila waktu nak exam semua jadi rajin lagi2 time aku bagi keje n latihan semua siap tapi betul ngan tak jer mereka n aku jer yang tau..
than after balik camping si fazwan juga dah berubah nampak die dah bg komitmen untuk belajar cuma kaki rayap sekolah 2 memg xleh nak dibuang kot, biasa yang join die si faiz, hanif...memang xkira aku ada kat kelas atas atau bawah memang nampk jer budak2ni merayap..
kat kelas 2 jugak ada yg kuat mengusik si kecik, dah macam biskut kejap datang sekolah kejap ntah kemana hilangnya..si yaya pulak rajin2lah tegur kekanda tercinton kat kelas satu lagi 2 jgn suruh die datng sekolah untuk tidok jek...pehalpun korang semua memang terbaik..
untuk gosip2 sebelum aku melangkah keluar dari sekolah 2, study dulu yer faris, xmau angau jer n mengusik si mira 2 cian die...
lastly pada yang xtersebut namanya sorry k coz memg xleh nak ingat semua nama tapi cam rupa...tq bagi komitment korang...
ni gambar u all yang sempat kne snap walaupun malu2 n pandai berlakon mcm study n rajin huhu..

                 






kepada yang xada gambar kat cni, tulah sape suruh xdatang..pehalpun korang study elok2 jgn sia2kan masa yang ada, study dari sekarang tahun depan dah spm..