Selasa, 5 Februari 2013

WARISAN JANGAN DI LUPAKAN

salam tengahari yang dah hampir petang., pernah dengar  atau makan  tak  kuih bahulu kemboja yang di bakar dan bewarna hijau. Dulu dalam keluarga arwah mak yang buat waktu tu kami adik beradik masih kecil, dengan berniaga secara sambilan di rumah arwah mak buat kuih ni untuk jualan dan tempahan. Boleh dikatakan hampir setiap hari arwah mak akan buat kuih ni, ingat lagi harga pun dulu RM 1.20, pastu naik perlahan-lahan mengikut permintaan dan pasaran semasa. waktu tu kami adik beradik lah yang akan tolong basuh acuan, memesin pandan, tapi yang bestnya arwah mak bagi upah sape yang rajin tolong. time tu berlumbalah adik beradik. 
Arwah mak memang rajin, dengan abah sebagai backup untuk sama-sama memajukan kuihni. kadang-kadang ada seminar atau anjuran badan-badan yang berkaitan dengan penjual kecil dan sederhana arwah mak akan join untuk promosikan kuih kepada masyarakat, sampai luar dari negeri selangor orang datang cari kuihni, biasanya buat untuk kenduri atau majlis-majlis tertentu. 
paling best time sekolah cikgu-cikgu pun order kat kami adik beradik, dari situ juga kami dah mula memasarkan kuih ini. Pastu arwah dah tak berapa larat, abah pula yang sambung buat harga pun dah lain, bila time musim durian permintaan pula nak yang perasa durian, so di carikanlah durian untuk dijadikan kuih kemboja durian. Kalau nak tahu ada yang datang hanya nak beli kuih yang dah hangit, katanya lagi sedap. macam-macam permintaan.  bersambung.......