Isnin, 31 Oktober 2011

bila kenangan itu mengamit hari2 itu..

seandainya jika hati mula bersuara atau terdetik satu perasaan itu semula, ia menandakan adakah aku masih mengingati hari2 lepas yang aku sendiripun tak sedar ntah kenapa semuanya akan menjadi bayangan yang kelam atau pun indah yang perlu di ingat semula walaupun tanpa dipinta atau diketuk semula pintu yang telah dikunci dengan mangga, atau master key. adakah tangisan itu akan kembali dalam diam atau juga ia menjadi kegilaan wahai kau yang bernama kenangan. saat itu telah berlalu andai di putarkan masa yang sememangnya di boleh diputar oleh sesiapa mahupun pemutar skru terhebat, kerana saat itu kau tetap akan terluka atau aku yang sengsara menanti waktu yang ntah tak kunjung tiba bersama deraian air mata yang akan membengkakkan mata yang sudah tak seindah rupa.wahai kau yang bernama kenangan pergilah kau jauh bersama bayangan yang sebenarnya engkau sendiri tidak pernah ciptakan walaupun hanya dengan kata2 yang engkau rasa indah namun semuanya hanyalah seperti jari yang di cucuk2 berkali dengan jarum tanpa henti. sedarkah engkau wahai kenangan andai kau ingin ia kenangan itu menjadi sejarah baru itu hanyalah hayalan kau yang tercipta hanya dasar perasaan atau perasan engkau sendiri sahaja.. kini dunia kita berbeza seperti lagu yang dikumandangkan diradio pada ketika itu... saatnya telah berlalu memutar epilog hari2 yang akan datang mungkin kesepian ataupun cerita yang baru bermula yang aku reka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan