Isnin, 24 Oktober 2011

cinta yang dicari

Info Ringkas - Palvon - Orang yang telah melakukan kajian bahawa manusia akan berubah 100% tabiat dan kehidupannya apabila melakukan sesuatu perkara itu secara berterusan selama 21 hari.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, jom kita ketahui apa sebenarnya sistem G.R.A.S.P ni? Saya huraikan hanya secara ringkas untuk memudahkan anda memahaminya menggunakan bahasa yang agak santai.


G- Goal (Target anda)

Anda dah fikirkan apa yang hendak anda lakukan jika anda mempunyai peluang untuk merubah diri.? Jika YA, tulis sekarang didalam kertas dan tampal GOAL anda dimana-mana tempat yang akan anda lihat setiap hari, setiap masa dan ketika untuk memperingati anda. Fikirkan sekarang apa GOAL anda? Dan pastikan ianya boleh diterima dek akal (jangan pula anda letak nak jadi superman, catwoman, etc)

Ok.. dalam kes ni saya akan ambil satu contoh GOAL iaitu "Mengurangkan berat badan". Satu contoh yang agak simple tetapi mudah difahami oleh semua orang.

Responsible (Betanggungajawab)

Selama ini kita penat untuk bertanggungjawab dalam menggalas satu-satu kerja yang diberikan oleh majikan atau sesiapunkan? Bos kata buat itu , kita buat, bos kata jaga kedai ni , dan kita lakukannya. Kenapa? Sebab itu tanggungjawab yang diberikan kepada kita agar kita menerima "faedah" daripada tanggungjawab kita itu tadi iaitu "gaji". TETAPI pernah tak kita meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri kita untuk merubah sesuatu yang mungkin mustahil tetapi boleh dicapai? Pernah atau tidak? (Anda jawab sendiri didalam hati)

"Jadual rutin harian" - Anda letakkan tanggungjawab anda untuk melakar satu jadual baru untuk anda (GOAL anda tadi) . Anda setkan masa anda seperti contoh di atas

contoh jadual sebelum 21 hari

7.00 pagi - Bangun pagi
7.30 pagi - Bergegas hendak pergi kerja atau kuliah.
9.30 pagi - breakfast diluar tempat kerja
12.00 t/hari - tak tahu nak buat apa, online chat jelah
5.00 petang - balik rumah
5.30 petang - lepas mandi tidur dan tunggu masakan malam siap
7.00 malam - menonton tv sehingga lewat malam.

Wow macam best je.. tetapi apa akan jadi dengan orang seperti di atas? Otak akan menjadi kolot, hanya pentingkan diri sendiri, hidup dengan dunia sendiri, takkan percayakan diri sendiri boleh berjaya dan kaya dan hidupnya akan tetap dalam rutin yang sama selama-lamanya dan yang paling penting TAKKAN KURUS SAMPAI BILA-BILA.


cinta yang dicari selepas 21 hari

5.00 pagi - bangun, bersolat dan bersenam (dah lama tinggal solatkan)

6.30 pagi - breakfast bersama keluarga/ isteri tercinta/ atau sesiapa sahaja yang mempu membuatkan kita tersenyum dipagi hari. (Breakfast dengan jadual pemakanan yang telah anda sediakan)

7.00 pagi - masuk kerja, @ prepare untuk subject yang bakal di pelajari didalam kuliah.

7.00 pagi - 5.00petang - Fokus sepenuhnya hanya kepada kerja @ kuliah. (Untuk masa yang Free diluangkan untuk melakukan renganggan otot secara ringkas ditempat kerja, melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar pejabat)

5.30 petang - Joging dan melakukan rutin senaman yang dipelajari melalui bantuan latihan.

7.30 malam - makan malam , bersolat berjemaah

8.00 malam - menonton tv .

9.30 malam - buka buku @ laptop dan mencari sesuatu informasi yang baru untuk kemajuan diri.

11.00 malam - Tidur ..

dan mengulanginya kembali selama 21 hari tanp henti ......

contoh di atas adalah sangat-sangat ringkas tetapi berkesan jika hendak kurus secara sihat (kepada yang makan gaji) tetapi mampukah kita melakukannya? Mampukah kita memikul tanggungjawab untuk mengikut setiap jam dan waktu yang diletakkan mesti tepat pada masanya? Anda tanya nam-nama besar seperti Robert t kiyosaki , Brian Tracy , Richard Greene , Oprah Winfrey dan Gordon Smith . Ini contoh terbaik yang boleh saya berikan. Hidup mereka penuh dengan jadual-jadual yang hanya memberikan mereka "sesuatu" yang berharga buat hidup mereka.

"Setiap saat adalah berharga" . Dimana tanggungjawab kita terhadap diri kita sendiri jika setiap saat yang hadir kita bazirkan semata-mata untuk kepuasan sementara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan