Selasa, 5 Februari 2013

WARISAN JANGAN DI LUPAKAN

salam tengahari yang dah hampir petang., pernah dengar  atau makan  tak  kuih bahulu kemboja yang di bakar dan bewarna hijau. Dulu dalam keluarga arwah mak yang buat waktu tu kami adik beradik masih kecil, dengan berniaga secara sambilan di rumah arwah mak buat kuih ni untuk jualan dan tempahan. Boleh dikatakan hampir setiap hari arwah mak akan buat kuih ni, ingat lagi harga pun dulu RM 1.20, pastu naik perlahan-lahan mengikut permintaan dan pasaran semasa. waktu tu kami adik beradik lah yang akan tolong basuh acuan, memesin pandan, tapi yang bestnya arwah mak bagi upah sape yang rajin tolong. time tu berlumbalah adik beradik. 
Arwah mak memang rajin, dengan abah sebagai backup untuk sama-sama memajukan kuihni. kadang-kadang ada seminar atau anjuran badan-badan yang berkaitan dengan penjual kecil dan sederhana arwah mak akan join untuk promosikan kuih kepada masyarakat, sampai luar dari negeri selangor orang datang cari kuihni, biasanya buat untuk kenduri atau majlis-majlis tertentu. 
paling best time sekolah cikgu-cikgu pun order kat kami adik beradik, dari situ juga kami dah mula memasarkan kuih ini. Pastu arwah dah tak berapa larat, abah pula yang sambung buat harga pun dah lain, bila time musim durian permintaan pula nak yang perasa durian, so di carikanlah durian untuk dijadikan kuih kemboja durian. Kalau nak tahu ada yang datang hanya nak beli kuih yang dah hangit, katanya lagi sedap. macam-macam permintaan.  bersambung.......

Rabu, 2 Januari 2013

02-01-2013

hai..dah lama x layan blog ni, mcm2 pulak sekarang teknik2 untuk menghasilkan blog dan mcm2 cara untuk menterjemahkannya ada yang dalam bentuk kata-kata ataupun gambar mahupun video yang mereka cipta sendiri. tapi xsemua perkara yang kita rasa kita boleh kongsi pada orang yang ntah korang kenal atau pun tak.

tapi ape pun dah nama blog ni seperti perjalanan hidup aku ape pun akan ku kongsikan walaupun tak semuanya yang korang baca korang tahu.so, yang penting aku happy tapi dan banyak kali tapilah kalu korang nak tumpang happy pun tak salah gak macam lagi yang penting korang happy..huhu lalala tapi buka lalat.

dah lama xbuka blog macam tak bape nak ada idealah nak update blog ni, tapi jari ni laju je menekan keyboard ni macam banyak sangat idea, tapi ntah ape-ape ntah yang aku taip.cuma macam mesin lak tangan ni bila layan ape yang ada kat kepala ni aku taip jer janji ada benda yang aku leterkan dalam blog ni.

kononnya nak fb tadi tapi pun macm dah x best jer skrg nak fb, time n live pun dah berbeza x sama time belajara dulu sentiasa ada masa nak online n duduk kat tepi balkoni bersama x housemate dulu.


alahai mata pun dah ngantuk jer ni, sok mahu kerja n kerja overtime....

lain kalilah ada idea aku coret lagi kat blog ni,. bye korang

Ahad, 17 Jun 2012

alhamdulillah dapat jua kembali aku corat coret kat blog yang aku dah lama tinggalkan sampaikan password pun aku leh lupa...haha teruk betul ingtan aku lambat nk proses benda2 yang penting...korang jgn cam aku lak..tq pada cik punya laptop ni hilang kebosanan dihujung minggu walaupu hya dirumah..lama gila x update aku punya blog,,korg pun mesti dah lupakan blog aku yang santai tu...ceta xhbis lg tu ntah ape lh ending ceta tu...(santaigee.blogspot.com) kalu korg  boring leh tgk2 ape yg ada kat blog aku tu...ok lh kne cincau dulu,,ni test jer coz dah lma x on blog ni..phalpun hppy dpt coret blog kembali...salam sayang untuk korg yg sudi membaca..

Isnin, 7 November 2011

Isnin, 31 Oktober 2011

bila kenangan itu mengamit hari2 itu..

seandainya jika hati mula bersuara atau terdetik satu perasaan itu semula, ia menandakan adakah aku masih mengingati hari2 lepas yang aku sendiripun tak sedar ntah kenapa semuanya akan menjadi bayangan yang kelam atau pun indah yang perlu di ingat semula walaupun tanpa dipinta atau diketuk semula pintu yang telah dikunci dengan mangga, atau master key. adakah tangisan itu akan kembali dalam diam atau juga ia menjadi kegilaan wahai kau yang bernama kenangan. saat itu telah berlalu andai di putarkan masa yang sememangnya di boleh diputar oleh sesiapa mahupun pemutar skru terhebat, kerana saat itu kau tetap akan terluka atau aku yang sengsara menanti waktu yang ntah tak kunjung tiba bersama deraian air mata yang akan membengkakkan mata yang sudah tak seindah rupa.wahai kau yang bernama kenangan pergilah kau jauh bersama bayangan yang sebenarnya engkau sendiri tidak pernah ciptakan walaupun hanya dengan kata2 yang engkau rasa indah namun semuanya hanyalah seperti jari yang di cucuk2 berkali dengan jarum tanpa henti. sedarkah engkau wahai kenangan andai kau ingin ia kenangan itu menjadi sejarah baru itu hanyalah hayalan kau yang tercipta hanya dasar perasaan atau perasan engkau sendiri sahaja.. kini dunia kita berbeza seperti lagu yang dikumandangkan diradio pada ketika itu... saatnya telah berlalu memutar epilog hari2 yang akan datang mungkin kesepian ataupun cerita yang baru bermula yang aku reka...

Ahad, 30 Oktober 2011

Kerispatih - Mengenangmu




andai kenangan yang buat kau bahagia ingatlah kenangan itu, tapi jika ia memedihkan simpanlah ia jauh dari dalam hatimu...

Isnin, 24 Oktober 2011

cinta yang dicari

Info Ringkas - Palvon - Orang yang telah melakukan kajian bahawa manusia akan berubah 100% tabiat dan kehidupannya apabila melakukan sesuatu perkara itu secara berterusan selama 21 hari.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, jom kita ketahui apa sebenarnya sistem G.R.A.S.P ni? Saya huraikan hanya secara ringkas untuk memudahkan anda memahaminya menggunakan bahasa yang agak santai.


G- Goal (Target anda)

Anda dah fikirkan apa yang hendak anda lakukan jika anda mempunyai peluang untuk merubah diri.? Jika YA, tulis sekarang didalam kertas dan tampal GOAL anda dimana-mana tempat yang akan anda lihat setiap hari, setiap masa dan ketika untuk memperingati anda. Fikirkan sekarang apa GOAL anda? Dan pastikan ianya boleh diterima dek akal (jangan pula anda letak nak jadi superman, catwoman, etc)

Ok.. dalam kes ni saya akan ambil satu contoh GOAL iaitu "Mengurangkan berat badan". Satu contoh yang agak simple tetapi mudah difahami oleh semua orang.

Responsible (Betanggungajawab)

Selama ini kita penat untuk bertanggungjawab dalam menggalas satu-satu kerja yang diberikan oleh majikan atau sesiapunkan? Bos kata buat itu , kita buat, bos kata jaga kedai ni , dan kita lakukannya. Kenapa? Sebab itu tanggungjawab yang diberikan kepada kita agar kita menerima "faedah" daripada tanggungjawab kita itu tadi iaitu "gaji". TETAPI pernah tak kita meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri kita untuk merubah sesuatu yang mungkin mustahil tetapi boleh dicapai? Pernah atau tidak? (Anda jawab sendiri didalam hati)

"Jadual rutin harian" - Anda letakkan tanggungjawab anda untuk melakar satu jadual baru untuk anda (GOAL anda tadi) . Anda setkan masa anda seperti contoh di atas

contoh jadual sebelum 21 hari

7.00 pagi - Bangun pagi
7.30 pagi - Bergegas hendak pergi kerja atau kuliah.
9.30 pagi - breakfast diluar tempat kerja
12.00 t/hari - tak tahu nak buat apa, online chat jelah
5.00 petang - balik rumah
5.30 petang - lepas mandi tidur dan tunggu masakan malam siap
7.00 malam - menonton tv sehingga lewat malam.

Wow macam best je.. tetapi apa akan jadi dengan orang seperti di atas? Otak akan menjadi kolot, hanya pentingkan diri sendiri, hidup dengan dunia sendiri, takkan percayakan diri sendiri boleh berjaya dan kaya dan hidupnya akan tetap dalam rutin yang sama selama-lamanya dan yang paling penting TAKKAN KURUS SAMPAI BILA-BILA.


cinta yang dicari selepas 21 hari

5.00 pagi - bangun, bersolat dan bersenam (dah lama tinggal solatkan)

6.30 pagi - breakfast bersama keluarga/ isteri tercinta/ atau sesiapa sahaja yang mempu membuatkan kita tersenyum dipagi hari. (Breakfast dengan jadual pemakanan yang telah anda sediakan)

7.00 pagi - masuk kerja, @ prepare untuk subject yang bakal di pelajari didalam kuliah.

7.00 pagi - 5.00petang - Fokus sepenuhnya hanya kepada kerja @ kuliah. (Untuk masa yang Free diluangkan untuk melakukan renganggan otot secara ringkas ditempat kerja, melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar pejabat)

5.30 petang - Joging dan melakukan rutin senaman yang dipelajari melalui bantuan latihan.

7.30 malam - makan malam , bersolat berjemaah

8.00 malam - menonton tv .

9.30 malam - buka buku @ laptop dan mencari sesuatu informasi yang baru untuk kemajuan diri.

11.00 malam - Tidur ..

dan mengulanginya kembali selama 21 hari tanp henti ......

contoh di atas adalah sangat-sangat ringkas tetapi berkesan jika hendak kurus secara sihat (kepada yang makan gaji) tetapi mampukah kita melakukannya? Mampukah kita memikul tanggungjawab untuk mengikut setiap jam dan waktu yang diletakkan mesti tepat pada masanya? Anda tanya nam-nama besar seperti Robert t kiyosaki , Brian Tracy , Richard Greene , Oprah Winfrey dan Gordon Smith . Ini contoh terbaik yang boleh saya berikan. Hidup mereka penuh dengan jadual-jadual yang hanya memberikan mereka "sesuatu" yang berharga buat hidup mereka.

"Setiap saat adalah berharga" . Dimana tanggungjawab kita terhadap diri kita sendiri jika setiap saat yang hadir kita bazirkan semata-mata untuk kepuasan sementara?